Tuesday, May 18, 2010

saya rasa....

akak cuma nk ckp..yang akak rasa...
amat sedih dgn berita yang bru akak dgr pagi tadi..
ini xde kena mengena dgn kematian..TAPI..
isk, xboleh cerita kat sini..xboleh share..biar Allah,akak dan mereka2 yg tau je yang tau..
kalau sesiapa perasan status FB akak baru2 nih..akak ada bercerita tentang cempedak dgn nangka..and nasi dgn bubur..itulah..begitulah perumpamaannya..huhu..sedih2..
wlaupun benda nih xde kena mengena dgn diri akak secara direct, tapi tetap kena tempiasnya..
sbb tu akak sedih..kalu xde kena mengena buang masa je akak nk sedih..huhu
akak hanya mampu berdoa semoga Allah memberikan hidayahNya kpd kita semua..
amiinnn....


Monday, May 17, 2010

cuci mata

disebabkan akak masih lagi cuti berpantang, so kebosanan kat rumah ni, xde hobi lain yang paling seronok utk akak buat melainkan window shopping kat online shop kat internet nih..

and benda yang paling suka akak "window shopping"kan ialah handbag berjenama seperti di bawah ini..

shanteekkkk sgt kan? huhu..bila la akak dpt merasa utk pakai branded handbag mcm nih..?

bukan kata akak xmampu beli, insyaAllah mampu..tapi setiap kali berniat utk membeli, akak mesti teringat2 kata2 hasben akak..

"drpd beli 1 beg harga mcm tu,baik mama beli benda lain dgn harga yg sama,boleh dpt mcm2..xpun simpan duit utk anak2.."

huhu..terus lemah longlai akak mendengarnyer..terus xjadi,terus batalkan niat untuk membeli..sudahnya baru2 nih akak rembat 2 ketul handbag jenama biasa yg akak pakai masa J-Card sale..huh, puas hati akak..

sedangkan nk beli dgn duit sendiri pun agak terbantut, apatah lagi nk mintak hasben akak belikan..huuuu..jauh panggang dr apiiii laa nk mintak benda2 mahal mcm ni..jgn salah paham, bukan akak kata hasben akak kedekut..tapi permintaan sebegini agak luar biasa ok..nnt hasben akak ckp..:

"ok, ayah boleh belikan..tapi nanti ayah xcukup duit nk bayar rumah, nk bayar kereta & nk beli pampers susu anak2 mcmana...?"

huhu..mmg main psycho la..akak akan terdiam dan xberani lagi nk mintak yg bukan2..(penah dgr ustaz ckp, isteri yg baik ialah isteri yg tidak meminta2 di luar kemampuan suaminya...)

bab2 pengurusan kewangan ni, hasben akak mmg cekap. selalunya org ckp pompuan lebih cekap drpd lelaki dlm hal2 duit ni, tapi akak terbalik. akak mengaku yg akak BOROS,dan x berapa pandai manage duit. tau belanjaaaa jer..dulu2, akak punya hutang kad kredit melambak2..lepas kena basuh dgn hasben, barulah akak clearkan hutang2 tu semua dan skang barula lega sbb xde utang kad kredit lagi dah..pheww..

bila hutang kad kredit dah clear, tu yang gatal jer nk kumpul hutang balik. tu yang konon2 nk beli bag shanteek dan agak mahal mcm kat atas nun..

TAPI, jgn harap laa akak dpt beli dgn cara utang mcm tu..hasben kata kalu nk beli, belaja kumpul duit pastu beli. dia bg contoh kumpul 100 sebulan, selepas 10 bulan dpt la beli beg idaman. boleh gitu???huhu

xpe2..akak akan usahakan jugak suatu hari nnt akak akan dpt jugak beli seketul beg mcm tu. konon2 hadiah paling mahal utk diri sendiri selepas penat keje selama 7 tahun lebih..hehe..dprd butik online yg akak tgk tu ader yg offer 3x installment..oklah tu..sebulan rm350..lebih kurang mcm tiap2 bulan akak beli seketul handbag yg biasa akak beli la..

hehe, kesian akak kan? kpd yg dah biasa pakai benda2 branded camni sure xde masalah..tapi utk org2 mcm akak yg kena pikir byk kali sebelum beli seketul..mmg mcm ni la..tapi nak pakai jugak sbb bukan terikut2 kawan2 ke..ataupun nk berlagak or menayang ke..tapi lebih kpd utk kepuasan diri sendiri..atau dgn kata lain.."reward to ur self.." gitu..(haha,sungguh mengada2 tahap cipan..)sbb tu akak pilih brand and design yg paling decent or down-to-earth sikit..sbbnya kalu akak pakai LV or Gucci, nnt org cakap akak beli pasar malam punyer..almaklum akak nih bukanlah stylo-mylo punya org..so, kena jugak amik kira faktor tu kan..nnt kang org ckp x ukur baju kat badan sendiri pulak..

so, oklah..nnt kalau akak dah berjaya beli akak akan bgtau dan tayang dlm blog nih..buat masa nih duit yg terkumpul sudah terkorban ke benda lain..so akak kena kumpul duit semula..(duit dlm ASB ada, tapi amatlah tidak patut utk dikorbankan utk seketul handbag??)..ataupun tunggulah kot2 dpt bonus ujung bln 7 nnt? (mcm xde harapan jer..president SIME DARBY pun baru kena arah bercuti sbb dah menyebabkan kerugian 1.63 billion..huhu..habiss..)

daaa...



Sunday, May 16, 2010

MENTOR

ok, kalini kita berubah ke topik yg kurang serius sikit..hehe
(sbb entry sebelum ni agak serius, ramai jgk yg bertanya knp..xde pape..dont worry ok?)

mlm ni akak layan MENTOR kat TV3..sbb ader penyanyi kesukaan akak dr dulu sampai skang..siapa lagi kalu bukan kak ZIANA...

akak mmg minat giler kat kak Ziana dr awal kemunculan dia dulu. sebut je lagu apa yang dia nyanyi, insyaAllah sumer akak tau..akak ingat lagi masa form 1-3 akak suka sgt tulis lirik lagu kak ziana, pastu kumpul gambar2 dia..pastu belajar angkat kening mcm dia..hehe..tinggal lagi akak x penah la gi wayang tgk filem kak ziana berlakon (sembilu,maria mariana..bla..bla..) sbb dulu2 mmg x pandai gi tgk wayang kat panggung pun..(nak mampus kena libas dgn abah akak?)

kpd sesiapa yang kenal akak dr dulu, mmg dah tau yang akak nih suke sgt menyanyi..dlm bilik air ke, dlm bilik ke..kat mana2 pun akak boleh nyanyi..masa sekolah rendah akak pernah masuk pertandingan nyanyi kat skolah..nasyid pun ader masuk jgk..

nak kata suara akak sedap sgt tu..ntahla..nnt kata akak puji diri sendiri, tapi oklaa..bolehla nyanyi..sendiri dgr pun sedap laa..haha..tapi kalu xsedap camne akak bleh menang beberapa competition nyanyi sebelum nih? heheh..mungkin juri/hakim pertandingan nyanyi tuh pekak sket kot..?

and sesiapa yg kenal akak jugak amat paham dgn minat akak utk berkaraoke..tapi akak menceburkan diri dlm bidang karaoke nih sejak keje..and sejak kenal dgn boss akak yg kaki karaoke jugak tu..(nama dirahsiakan,:-P)..tapi jgn salah paham ok..akak xde la pegi tempat2 karaoke yg mencurigakan..xde..karaoke jamban je..ala, karaoke box yg muat 3,4 org yg byk kat shopping complex tu? kalu crowd yg agak ramai, kitorg akan book bilik..tapi jarang la book bilik sbb takut tetiba kena rush kang x pasal2 jer..huhu

tapi tuh sumer DULU..sebelum akak kawin..hasben akak pun kenal sgt dgn perangai akak yg suka menyanyi nih..tp dia xpenah nk puji sore akak sedap ke haper..sbbnya..dia amat2 x suka tgk akak nyanyi dpn crowd..sbb tu la lepas kawen akak xde lagi gi karaoke, ataupun masuk competition kat family day ke annual dinner company ke..(kalu suami x bg, xkkan nk degil jugak kan..)

lepas kawen, utk melepaskan gian, akak akan menyanyi puas2 dlm karaoke box yg bergerak @ kereta akak le..bukak radio ataupun pasang cd, haa..melalak la akak sorg2 puas2..kdg2 kereta sebelah pandang slack je..akak peduli hape, yg penting akak bleh lepas gian..pastu sekali sekala kalau agak2 nakal sikit, akak akan ajak adik akak yg kaki karaoke jgk utk gi red box ke, green box ke utk lepas gian secara lebih profesional..kitorg book bilik utk sejam,nyanyilah gilir2 berdua..hehe..begitulah kegilaan akak terhadap bidang nyanyian nih..huhu

tAPI, wlaupun akak minat kak ziana, tapi akak x sampai hati utk menjerit2 nyanyi lagu kak ziana..akak lebih suka lagu misha omar, x pun lagu2 lama..or lagu rock kapak..or lagu apa2 pun lah yg x tinggi2 sgt..

hmm..nasib baik akak ada abah yang agak strict dan suami yang agak strict jugak dlm bab2 nih..kalu x mau jugak akak terlepas gi audition mentor ke, AF ke, Malaysian idol ke,one in a million ke..hahah..berangan tak hengat punyer kan..

jgn xtau..lepas akak hbis pantang nih, akak dah plan dgn adik akak nk gi red box yg kat SOGO tuh..dpt melalak sejam setahun jadila..haha..(penangan MENTOR & AF punya pasal la nih..buat akak gian nk melalak..hehe)

oklah, anak akak pulak yg dah melalak..bukan si baby Amna..si kakak Afni..huhu mcm2..lenkali sambung lagi, bye

***ohhooo..aper daa..depa nih bg markah sikit je kat kak ziana dgn protege dia? xpe2..minggu dpn cuba lagi k kak ziana..i lap u..

Friday, May 14, 2010

Untuk renungan bersama..

Jangan salah anggap dgn entry akak yg berbaur keinsafan tiba2 nih..
tapi, akak rasa x salah utk akak ingatkan diri akak dan org lain jugak tentang hal ini..

sbnarnya mmg ada sesuatu yg mengganggu fikiran akak sekarang ni..yang menyebabkan akak terdorong utk post artikel kat bawah ni..

akak bukanlah org yg terbaik atau yg paling sempurna utk bg nasihat kat org lain..tapi akak pun xtau kenapa akak selalu jadi pilihan utk org2 sekeliling akak untuk mengadu, bercerita tentang masalah mereka,mahupun mendapatkan pandangan/nasihat drpd akak..disebabkan itu, mcm2 jenis cerita ataupun masalah org akak dah dgr sendiri..baik drpd kalangan kawan2 mahupun saudara mara terdekat..

dan cerita yang baru2 ini akak dgr mmg amat memeranjatkan..huhu..xsangka cerita yang selama ni akak baca dlm paper,tgk dlm TV berlaku jugak kat org yg terdekat dgn akak..

mendengar cerita2 mereka ni membuatkan akak insaf..bahawa kita hidup di bumi Allah ini xkan sunyi dr ujian..mcm2 ujian Allah akan beri kat kita..terpulang kat kita mcmana nk menghadapinya..

dan bagi kita yg dah berumahtangga ni, ujian bertambah berat..dgn tanggungjawab sbg hamba Allah,sbg isteri, sbg ibu dan lain2..TAPI bagi akak, satu yg penting yg kita kena ingat selalu ialah..syurga seorg isteri di bawah kaki suaminya..xkira apa pun yg kita buat,ingatlah yg satu itu..

bacalah artikel x seberapa kat bawah ni, semoga kita sama2 dapat manfaat drpdnya..

http://www.masjidalmukarramah.org/artikel/Isteri%20Nusyuz.pdf

Isteri Nusyuz (derhaka)

1) PENGERTIAN NUSYUZ
Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.


2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ
Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :


1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.


2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.


3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).

4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.


3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ
Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :


1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah :

Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.
(Surah An-Nisa: ayat 34)


2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.
(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)


Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari.
Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.

3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).
(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)


Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.

Wallahua'lam


***dugaan dlm perkahwinan mmg sentiasa akan dtg dan pergi. ingatlah kenapa kita mengambil keputusan utk berkahwin suatu masa dulu..renungkanlah kenapa kita memilih seseorg lelaki itu sbg pasangan hidup kita..setiap masalah ada jalan penyelesaiannya,InsyaAllah..jika perlu rujuk kpd yang pakar dan yg paling penting kembali ke garis panduan yang Allah dah tetapkan..setiap yg berlaku pasti ader hikmah disebaliknya..renung2kanlah..


kepada suamiku, pandulah aku,bimbinglah aku dan bawalah rumahtangga ini sampai ke destinasinya..sama2lah kita tunaikan janji seperti yang pernah kita lafazkan suatu masa dulu..semoga kita kekal bersama hingga ke akhirnya..amiin..



Thursday, May 13, 2010

BIODATAKU

ingat x kecik2 dulu..zaman sekolah rendah..kita masing2 ada buku autograph? akak xtau la kalu korg xde..tapi masa akak sekolah rendah dulu akak ingat mmg wujud benda nih..


xingat apa tujuan dia, tapi mungkin sbg tanda kenang2an kot..masa tu darjah 6..pastu konon2 nk berpisah dgn kawan2..so tulisla buku autograph..


tapi yg menarik perhatian akak kat sini bukanlah isi kandungan nasihat dlm buku autograph tu, tapi lebih kpd biodata panjang lebar si penulis autograph..maksudnya, muka surat sebelah penuh dgn biodata si penulis, and muka surat sebelahnya barula kata2 nasihat/panduan/kenangan dan sebagainya kpd sipemilik buku autograph tadi..

sbg contoh, isi kandungan biodata adalah seperti berikut (dgn komen2 peribadi dr akak..hehe)

NAMA PENUH :
NAMA PANGGILAN : (yelah kdg2 nama penuh sama dgn org len..so nama panggilan penting kena bgtau..)
ADIK BERADIK:
ANAK KEBERAPA : (does it matter either u're the eldest or youngest in the family? haha)
TINGGI : (kelakar giler..tinggi pun nk bgtau? haha)
BERAT : (penting nih bgtau berat ko berapa kg..)
HOBI: (nih ok la bgtau..kot2 bleh tukar2 setem ke kan..)
CITA-CITA: (okla bgtau bila besar nk jadi aper..)
WARNA KEGEMARAN : (knp kena bgtau warna apa ko suka? )
MAKANAN KEGEMARAN: (nih lagi satu..dia nk masakkan utk ko ke? kuikui)
MINUMAN KEGEMARAN : (ulang yg di atas)
KENANGAN MANIS: (kelakarla..dulu2 ada yg tulis berkelah kat pantai pun sbg kenangan manis..budak2..sgt jujur..)
KENANGAN PAHIT: (yg agak2 matured sikit akan jawab - tiada..perkhh..matang sungguh)
FALSAFAH HIDUP : (nih yg paling akak x tahan..apa la budak 11,12 tahun paham pasal falsafah hidup? depa main bantai je tulis..sbg contoh - "gagal sekali bukan gagal selama2nya.."..perkh..cukup hebat la tu..hehe)

hehe..akak saja jer mengimbas kenangan yg agak kelakar dulu2..akak pun buat jugak benda nih dulu2..pastu bg nasihat punyala panjang lebar kat kwn2..siap refer kat buku dr library lagi..nk bg gempak punya pasal..pastu deko dia x usah ckp la..kerawang sana sini..pen kaler merah biru ungu sumer warna ader..pastu signature mesti yg paling panjang dan paling canggih punyer..hehe..kelakarla..!

tapi, bila pikir2 balik..cuba kita buat biodata tu masa da besar2 mcm nih..susah nk jawab oo..x pecaya try la..

ok, utk suka2, akak try buat dulu, pastu akak nak tag sapa yg baca entry ni..dia kena buat jugak hokey? jujur tauu...

NAMA PENUH : Nur Sakinah Bt Ramli
NAMA PANGGILAN : keen,sakinah, kak inah
ADIK-BERADIK : 7 org
ANAK KEBERAPA : 1st
TINGGI : 160cm
BERAT : 52 kg (huhuhu)
HOBI : susah nak jawab tu..FB kot..haha
CITA-CITA : laagi susah nk jawab...xingat pulak kalu dulu penah bercita2 jadi engineer
WARNA KEGEMARAN : haha..pun susah nk jwb..yg tau xsuka biru
MAKANAN KEGEMARAN : banyak..western,italian,local delights
MINUMAN KEGEMARAN : yg ni senang jawab..nescafe tarik
KENANGAN MANIS : hahaha..byk nih, yg paling manis kahwin+honeymoon+lahirkan baby
KENANGAN PAHIT : byk yg x ingat..kalu ader pun xleh cerita sini..
FALSAFAH HIDUP : sejujurnya..falsafah hidup akak skang "just go with the flow.."

haha,entry nih just suka2..so apa yg baca, cuba buat pulak..kita main tag2 game mcm bebudak skolah rendah..cubalah..hehe

**yg wajib jwb ialah HIDAYAH, CIK BISKUT,MAMA ZAHIN,CIK JIJAH,HABIBAH& newbie CIK DEE..yg lain optional..hehe


i got an award..??

blog akak dpt award? biar betul..?? haha..funny,funny..walau bagaimanapun THANKS A MILLION to someone yg award my blog with the Sunshine Award..& that someone
is my close friend from school days- Mrs Hidayatul Radziah Ismawi..(thanks Hidayah, nnt aku blanja mkn k? hehe)
According to her, bloggers that been rewarded with this award are whose positivity & creativity inspire others in the blogging world..
hehe, tenkiu..tenkiu utk penghargaan yg agak tinggi itu..padahal akak berblogging saja suka2..kebetulan akak tgh cuti panjang utk berpantang, so masa terluang itu amat byk..xtaula kalu akak dah naik keje nnt..sure seminggu sekali je akak update blog kot.. (xtaula kalu blog akak yg xseberapa nih bleh inspire org len utk berblogging kan..? hehe)
so, being rewarded with the abovesaid award makes me thinking..why i let myself getting involve in this whole blogging thing..nak kata akak seorg yg creative pun tak jugak..seorg penglipurlara yg baik pun xjugak..seorg yg penuh informative lagi la tak..seorg yg penuh pengalaman hidup? huh, jauh sekali..
so, kenapa akak berblogging? jawapan yg paling jujur ialah..: saja suka2..
serius, saja suka2..and ikut trend maybe?
tapi at least, akak ada tempat nk bercerita..or merapu..or melepaskan perasaan or..apa2 je lah yg akak rasa nak mengarut and share dgn org lain kat sini..itu sahaja..
masa mula2 create this blog, xde pun pikir nak kumpul followers ke, atau pun add nuffnang ke utk buat duit ke..xde terpikir langsung..sbb rasa rendah diri, and pikir ader ke org lain selain diri sendiri nk baca blog akak nih..hahah..tapi, mcm akak ckp kat atas tadi..i dont take this thing seriously..ader org baca, bacalah..xde org baca xpelah..yg penting ini blog akak yg punya dan akak bleh tulis apa yg akak suka di sini..hehe..
so, perluker award balik sunshine award nih kpd bloggers2 lain? aku award balik kat ko la HIDAYAH..hehe..and others bloggers yg akak follow..cik biskut, cik wan kembang, mama zahin, habibah, cik jijah, puan eroy dan lain2 bloggers yang akak stalk..
akhir kata, MAJULAH BLOGGERS UTK NEGARA..kuikui..


Tuesday, May 11, 2010

kenangan zaman persekolahan part III- sek men tinggi



disebabkan kes karangan akak yg hilang tempohari, so akak malas nk mengarang panjang2 bab kenangan masa akak kat MRSM Jasin tahun 1996-1997. Masa tu akak form 4 - 5.

kalau ikutkan mmg byk sgt kenangan manis..tp antara yg paling manis ialah bila mengenangkan kemonyetan akak suatu masa dulu..hahaha..ntah mcmana akak boleh terjatuh cinta kat monyet? oopss..bukan monyet..nih kes 'puppy love' dulu2 la nih konon..huhu

gilerla bila ingat balik..punyalah rasa mcm2 masa tu..excited ada,nk pengsan pun ader..xpaham camne akak boleh rasa mcm tu..pastu terbang x jejak bumi bila si X tu kemsalam ke, kem pesan ke apa2 jelah pasal dia akan buat akak teruja tahap dewa satria baja hitam la..aduss..xsangka akak berperangai monyet camtu sekali..(kwn2 terdekat kalau terbaca sure paham camne keadaan akak masa tu..haha)

tapi, kenangan tu lah yg bg perencah kat kehidupan kita masa skang..best woo perasaan tu..kuch kuch hotak kau hai..

walaupun hakikatnya ada bercampur baur dgn perasaan cemburu,sedih,perasan,syok sendiri dan sebagainya, akak tetap anggap kisah tuh sbg antara kisah termanis dlm hidup akak..

kpd en hasben kalu terbaca, ala..tiada rahsia antara kita kan..sumer citer2 nih i dah penah story kat u..u dont worry k..kenangan di angin lalu je..i tetap lap u, and u are the only one in my heart ok..? muahhhss..

kpd mr X tu kalau terbaca..sure dia pun gelak giler jugak..ntah haper2 budak hingusan yg cuba2 nk bercinta2 time skolah..haha..(mustahil lah dia akan baca..)

kpd kawan2 rapat yg terbaca..haha, hanya korg je yg tau citer sebenar..mcmana giler nya aku suatu masa dulu..kan?

**lagu kat atas tuh konon2 lagu hiasan dan gambaran perasaan penulis ketika itu. sila enjoy..