Monday, November 1, 2010

Xsuke xsuke xsuke

Hmmm..

Akak malas la nk menjadikan blog ni sbg medan utk meluahkan ketakberapakesukaan akak kpd sesuatu, tapi..drpd akak luah ntah hapa2 kat FB nnt semua org bleh baca (or org yg akak tujukan tu akan baca) so baik akak luahkan kat sini.

Akak bkn sengaja nak suka2 xberapanaksuka kat org..mcmla akak ni pun perrrfect sgt..tapi disbbkan berpegang kpd prinsip "nobody's perfect" la akak luahkan kat sini..

Hmm..ada ke manusia,specifically perempuan,isteri & ibu yg perrrfect giler dlm dunia ni? (I mean skang..jgn bandingkan kita sekarang dgn tokoh2 wanita muslimin terbilang spt saidatina khadijah dll ye..)

kita wanita zaman skang, terpaksa keluar bekerja utk membantu ekonomi keluarga. So, bila kita da kena keluar bekerja, bykla keperluan2 lain yg kdg2 ada org pikir kita sengaja abaikan. Sbg contoh, menyusukan anak sepenuhnya dgn susu ibu, memasak utk family, mengajar anak sendiri di rumah dan lain2 lagi.

Ada wanita yg berpelajaran tinggi, memilih utk menjadi suri rumah sepenuh masa demi memberikan yg terbaik utk family. Akak salute mereka. Maybe diorg mmpunyai samada hasben yg kaya raya n ataupun hasben bekerja berpendapatan stabil yg mampu menyediakan segala keperluan tanpa perlu bantuan drpd isteri.

Tapi org yg xperfect mcm akak, kena kerja utk bantu suami. Kalau hasben akak sorg yg kerja, mgkin kami xkan mati kelaparan, tp mgkin kami xmampu nk membayar rumah,kereta & bil2 lain. So, bila akak kena kerja (bkn setakat nk bantu hasben, tp penat akak blaja tinggi2 dik..mestila nk keje yg sesueii kan?)mcm yg akak bgtau tadi, disbbkan ketidaksempurnaan akak sbg wanita,isteri & ibu, maka akak mengaku ada perkara2 yang akak abaikan:

1) Akak x menyusukan anak akak secara eksklusif selama 6 bulan apatah lagi lebih drpd itu. Paling lama 5 bln, tu pun bln ke3 dah topup dgn susu formula.

2) Akak jarang memasak utk family,kecuali ada masa atau hujung minggu. So anak2 akak kdg2 makan bubur,kdg2 makan cereal sahaja.

3) Akak hantar anak2 ke rumah pengasuh utk jaga anak akak, skang kat taska (xsure ada sijil JKM ke x..).so mmg agak bergantung kpd pengasuh utk jaga and didik anak akak sikit2..

Dan lain2..so ada x yg nak judge akak bahawa akak ibu yg x memberikan yg terbaik utk family terutama anak2nya?

Utk alasan knp akak x opt for exclusive BF, I don't wanna reveal much here. I won't use lame excuses such as "susu xbyk,or susu xkeluar" etc etc..I once have the 'niat suci'. Tapi? Semuanya tinggal niat..bila akak dah start keje..bla,bla,busy,keje jauh,balik lmbat,xde maid..bla..bla..so niat tu terhenti setakat tu sahaja.I know and truly understand that this thing need strong will & determination, but I just don't have that. That's why pal. That's why. (Td kata xnak reveal..kehkeh)

So akak agak rasa xbest bila ada org persoalkan/ membuat kenyataan2 spt kat bwh:

"knp x BF baby exclusively? Amat rugi dan kesian kat anak tu.."Dgn nada sinis and muka berkerut seolah2 akak buat salah besar.

"X elok bg susu formula..susu buatan xelok utk perkembangan baby.."

"Ooo..xmenyusu lama, patut mudah terkena penyakit.."

"Xde alasan utk tidak menyusukan baby..sekarang mcm2 alat & kemudahan ada.."

"Org2 yg beri alasan utk tidak menyusukan anaknya ialah org yg cetek ilmu .."

"Kalau kita sayangkan anak2 kita, kita sepatutnya mmberikan yg terbaik utk mereka, dimulakan dgn susu ibu"

I don't offend anybody,ok? Tapi I yg felt offended dgn kenyataan2 kat atas tu. Mungkinkah sbb akak x susukan anak2 akak secara xklusif? (Ke akak yg emo lebih or terasa xkena tempat? Ahh..abaikan..)

Yes, u are amazing and perfect because u gave the best to ur children starting from day 1. But don't make mothers like me felt useless becoz we don't treat our children just the perfect way as u did. Sometimes people have their own reasons that u might not understand becoz u're not wearing the same shoes.

Hmm sometimes this made me think, should I blame my mother for not BFing me more than 2 months that I became who I am today? (Akak rasa apa yg akak buat kat anak2 akak skang sebijik mcmana mak akak terpaksa buat utk kitorg dulu, sbb dia pun working mother)

Sorry guys, don't mean to hurt anybody. Sesiapa yg dpt menyusukan baby diorg exclusively, congratulations akak ucapkan. Andalah ibu terbaik. Teruskan usaha anda tanpa jemu dan lebih baik lagi tanpa prejudis kpd ibu2 spt saya.

Maaf sekali lagi..wpun akak xdpt menyusukan anak akak lebih dr 2 bln, akak tetap cuba berikan yg terbaik utk mereka dunia dan akhirat..InsyaAllah..doakanlah..


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments:

Post a Comment