Sunday, December 5, 2010

FENING FENING LALAT...


Akak skang tgh pening pening lalat

Lepas tu muka akak pucat semacam
xtau kenapa

Akak suspect akak kekurangan zat sbb baby kat dlm perut ni semakin membesar dan mula menyerap zat2 yg ada drpada badan mama dia

Da la akak ni x berapa makan sangat supplement yg doctor bagi
Degil betul..
bukan degil sgt la..tapi x berapa nk disiplin
skang ni akak rasa dah beberapa minggu akak skip (bkn beberapa hari okkay?)
Teruk kan?

Hmmm..mungkin sbb akak busy menguruskan anak2...Afni dgn keletah yang semakin macam2 pandai dan kadang2 menguji kesabaran..pulak2 skang dia dah diapers-free, so kena jaga2 jugak takut dia terlepas melepas kat mana2..kalu setakat hadas kecil xpe, buatnya hadas besar? pastu atas carpet plak? xkke menjerit akak satu rumah?

Lps tu si baby Amna plak, yg baru baik demam. haritu dah baik pastu demam balik, siap dgn kahak yg tebal sampai susah nk bernafas bila tido malam. Punya horror kalu tgk dia tercungap2 time nk minum susu..adoiii..

Sbbtu akak rasa akak mcm xcukup masa nk jaga diri sendiri..sibuk jaga budak berdua tu je..ayah depa? xusah cakapla..makan minum pun kdg2 xterurus terus terang akak ckp..boleh kira berapa kali akak masak dlm sebulan..huhuhu..cuma buat air teh panas utk dia tu mmg wajib la..nasib baik la dia faham..and nasib baik jgk dia sangat2 ringan tangan nak tolong akak buat keje2 rumah..

Akak bukan mengeluh, cuma sbb benda xplan kan so kita pun kena hadapi dgn cara yg x terplan jgk la..boleh ke mcm tu? yela nak tak nak kena jgak harungi..tu belum pikir bab kewangan lagik..mmgla insyaAllah akan cukup makan pakai semua, tapi still..ada benda2 yang akak kena kurangkan mahupun korbankan terus lepas ni..huhuhu..

terlanjur cerita pasal anak2 ni tetiba teringat status FB seorg kawan akak. cara dia tulis seolah2 meluahkan kesedihan dia membaca status seorg kawan dia yg lain yg sedang berbahagia utk menerima kehadiran baby baru sedangkan dia masih belum punya rezeki utk mempunyai zuriat.and cara dia tulis jugak seolah2 kawan dia tu menunjuk2 sgt mengenai zuriat baru dia. hmmm..dia tuju kat akak kah?

hehe well..akak sikit pun x terasa..akak xnak berprasangka yg dia tuju benda tu kat akak,,mana tau ramai lagi kawan2 dia yg lain yg sedang pregnen jugak kan?

TAPI..kalau pikir2 balik..salahke kawan dia tu berkongsi kegembiraan dia? dah Allah bagi rezeki kat kawan dia, knp dia perlu rasa sedih? kalau dia redha dgn ujian Allah kat dia, dia xperlu sedih..Ada seribu satu macam alasan kenapa Allah bg rezeki agak lambat kat dia, yang hanya Allah yang tahu..yang penting dia kena kuat, sabar,dan jangan putus asa utk berusaha selain berdoa dan tawakkal..

Hmm...xperlula akak ulas panjang lebar..risau menyinggung perasaan dia kalau dia baca blog akak ataupun org2 lain pulak..so stop cerita di sini dgn doa dan harapan semoga semua kawan2 akak diberkati dan dimurahkan rezeki oleh Allah selalu..

so chaloooo dulu



No comments:

Post a Comment