Wednesday, May 26, 2010

Confession of A Shopaholic


tajuk entry yang x semenggah. yang overrated. mcmla byk duit sgt, mcmla beli benda yg gah2 sgt..


TAPI, itu semua bukan alasan utk akak tidak menggelar diri akak sendiri shopaholic. akak menggelar diri akak sedemikian rupa atas sbb2 yang akan dihuraikan di bawah:


1) belum beranak pun lagi tapi dah berangan dan siap buat list apa nk dibeli lepas pantang nnt.
(bukan setakat berangan yer adik2, akak siap buat budget sbb tau time akak pantang akak akan ader duit lebih yg agak lebih drpd kebiasaan..)
*
2)masa awal2 pantang akak siap suruh personal shopper (adik akak- si mama zahin) utk shoppingkan utk akak. akak cuma bg duit & list barang utk dia belikan (masa tuh x reti lagi shopping online)
*
3) masa hari ke 30 pantang akak dah shopping sikit2 (sikit, ke..??)..asalnya gi checkup, balik tuh tersinggah beli kain baju raya plak..
*
4) masih dlm pantang, tapi akak dah terjah Jusco dan sanggup bersesak2 dgn orang ramai sbb rasa rugi nk melepaskan J-Card Sale..(byk sale kan, 20%,50%,70%,80% bla..bla..siap dpt voucher lagik..)
*
5) bila dah hbis pantang, selang sehari mesti kuar rumah, mesti terjah shopping mall dan mesti ada terbeli "sesuatu" samada utk diri sendiri, utk anak2 mahupun keperluan rumah.
*
*
*
adakah reason di atas sudah cukup kuat utk akak menggelar diri sendiri sbg shopaholic? ataupun mesti di sokong oleh bukti2 pembelian seperti gambar di atas sekali nun? (itu baru sebahagian kecil dr hasil penyopingan akak, x dpt nk kumpul semua brg yg akak dah beli and snap gambar)
*
*
ataupun akak perlu menyenaraikan kembali barang2 yang akak dah beli supaya sedar betapa disaster yang telah akak buat kpd wallet sendiri?? ok kita cuba tgk..yang mana kehendak,yang mana keperluan, yang mana xde kategori langsung..huhu
*
*
i) baju baru (7 helai), seluar baru (1 helai) - konon2 alasan baju baru utk masuk keje nnt..baju lama dah season,dan perlukan baju baru utk naikkan mood bekerja slps bercuti lama..*dush* tumbuk diri sendiri..
*
ii) handbag baru (2 ketul) - ini agak tidak logik. handbag lama masih elok, so apakah relevannya kena masuk keje pakai handbag baru jugak? (alasan yg sama, utk naikkan mood..*dush* lagik..)
*
iii) kasut baru (sepasang)- nasib baik beli sepasang je sbb td xde pasang ke2 yang menarik perhatian, kalu x..memang selamat..(ini mmg keperluan, kasut lama tapak dah haus, kasut lain byk yg dah seasoned..)
*
iv)baju2/barang2 keperluan anak2-oh..ianya satu keperluan kan..xkkan anak2 akak x pakai baju? lagi2 si baby tu? (padahal baju kakak dia pun byk..dan elok2 lagi tuk dipakai..)
*
*
hmm..apa lagik ek? owh tu jer..xdela byk mana pown kan..TAPI, masih ada senarai benda2 yang dlm kepala hotak akak yg akak rasa perlu beli tapi masih belum beli? contoh:
*
v) cosmeceuticals needs- alar..bukanla mekap pown..cuma moisturizer baru (sbb yg lama dah hbis),compact powder baru (pun dah hbis jugek) & contact lense baru (owh tu penting..kalu x buta la akak jwbnya..) ataupun my most favourite make up kit ~mascara?? (perlu kerr pompuan..??)*dush* *dush*
*
vi) tudung...?? habis tu nk matchkan dgn baju2 baru yang akak beli tuh?? adoii..perlu jugak kerr..?? *dush**dush**dush*
*
*
kalau hasben akak baca nih pengsan..(yang,yang..bangun..xpe..semua i guna duit i kumpul sendiri..xguna duit utk keperluan rumah pun..bangun,bangun..)
*
*
hmm..xsanggup akak nk tulis lagi dah..ingatkan karangan da nk hbis,rupanya ada lagi sambungan...
benda2 yang ada hati akak nk beli TAPI NASIB BAIK X BELI:
*
*
i) hp baru /blackberry idaman
ii) beg tgn berjenama COACH
*
*
kalu tidak..xterkato dah suami den..ado yang den yg kene tido luar bilik, hehe
HUHUHUU..sekian cerita akak. walaupun barang2 yang akak beli tuh biasa2 jer, tapi cukup utk merabakkan poket & account bank akak. itulah namanya shopping tahap MEROYAN. sekian.
*
*
*
*
*
*
***jika sesiapa yg baca rasa nk kutuk akak..silakan..sekurang2nya akak cuba bersikap jujur kpd diri sendiri dan semoga dpt memberi kesedaran kpd yg lain tentang bahaya shopping. haha. kalu ada yang wondering berapa RM agaknya akak habis bershopping dlm masa berpantang nih, akak rasa nilainya cukup utk beli err... mgkin sebijik dua beg idaman?entah.sekian.


No comments:

Post a Comment