Friday, May 14, 2010

Untuk renungan bersama..

Jangan salah anggap dgn entry akak yg berbaur keinsafan tiba2 nih..
tapi, akak rasa x salah utk akak ingatkan diri akak dan org lain jugak tentang hal ini..

sbnarnya mmg ada sesuatu yg mengganggu fikiran akak sekarang ni..yang menyebabkan akak terdorong utk post artikel kat bawah ni..

akak bukanlah org yg terbaik atau yg paling sempurna utk bg nasihat kat org lain..tapi akak pun xtau kenapa akak selalu jadi pilihan utk org2 sekeliling akak untuk mengadu, bercerita tentang masalah mereka,mahupun mendapatkan pandangan/nasihat drpd akak..disebabkan itu, mcm2 jenis cerita ataupun masalah org akak dah dgr sendiri..baik drpd kalangan kawan2 mahupun saudara mara terdekat..

dan cerita yang baru2 ini akak dgr mmg amat memeranjatkan..huhu..xsangka cerita yang selama ni akak baca dlm paper,tgk dlm TV berlaku jugak kat org yg terdekat dgn akak..

mendengar cerita2 mereka ni membuatkan akak insaf..bahawa kita hidup di bumi Allah ini xkan sunyi dr ujian..mcm2 ujian Allah akan beri kat kita..terpulang kat kita mcmana nk menghadapinya..

dan bagi kita yg dah berumahtangga ni, ujian bertambah berat..dgn tanggungjawab sbg hamba Allah,sbg isteri, sbg ibu dan lain2..TAPI bagi akak, satu yg penting yg kita kena ingat selalu ialah..syurga seorg isteri di bawah kaki suaminya..xkira apa pun yg kita buat,ingatlah yg satu itu..

bacalah artikel x seberapa kat bawah ni, semoga kita sama2 dapat manfaat drpdnya..

http://www.masjidalmukarramah.org/artikel/Isteri%20Nusyuz.pdf

Isteri Nusyuz (derhaka)

1) PENGERTIAN NUSYUZ
Suatu tindakan yang dilakukan oleh isteri yang dianggap menentang kehendak suami dengan tidak ada alasan yang munasabah menurut hukum syarak. Tindakan itulah dikira derhaka.


2) TANDA-TANDA ISTERI NUSYUZ
Di bawah ini dinyatakan beberapa gambaran yang menandakan seorang isteri itu nusyuz :


1. Suami telah menyediakan rumah kediaman yang sesuai dengan keadaan suami, tiba-tiba isteri tidak mahu berpindah ke rumah itu, atau isteri meninggalkan rumah tanpa izin si suami.


2. Apabila kedua suami tinggal di rumah kepunyaan isteri dengan izin isteri kemudian suatu masa isteri mengusir atau melarang suami memasuki rumah tersebut.


3. Apabila isteri musafir tidak bersama suami ataupun bukan bersama muhramnya (orang yang haram berkahwin dengannya) walaupun perjalanan yang wajib seperti pergi menunaikan ibadat haji, kerana perempuan yang musafir tanpa diiringi suami atau muhrimnya dianggap sudah melakukan satu perkara yang salah (maksiat).

4. Apabila isteri bermuka masam atau pun ia memalingkan muka, bercakap kasar dan sebagainya sedangkan suami berkeadaan lemah lembut, bermanis muka dan sebagainya.


3) PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN APABILA ISTERI NUSYUZ
Apabila suami melihat tanda-tanda yang menunjukkan isterinya itu nusyuz, hendaklah suami itu :


1. Menasihati dengan cara yang baik dan menerangkan kepadanya bahawa nusyuz itu adalah salah dan dikutuk oleh Allah serta memberitahunya bahawa isteri yang nusyuz boleh dipotong atau tidak diberi sara hidupnya, firman Allah :

Ertinya : Isteri yang kamu takuti kederhakaan mereka, maka berilah nasihat kepada mereka.
(Surah An-Nisa: ayat 34)


2. Jika nasihat itu tidak sedikitpun memberi kesan, maka hendaklah suami meninggalkan dari keseketiduran dengan isteri tersebut, sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan tinggalkan dari seketiduran dengan mereka.
(sambungan ayat 34 surah An-Nisaa’)


Dari ayat ini dapat difahamkan bahawa Allah menyuruh suami-suami meninggalkan dari seketiduran sahaja, bukan meninggalkan percakapan, kerana meninggalkan percakapan lebih dari tiga hari adalah haram, bukan sahaja terhadap isteri-isteri malah terhadap orang lain juga berdasarkan sabda Rasulullah SAW:

Ertinya : Tidak halal bagi seseorang muslim tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari tiga hari.
Maksudnya, ialah bila berjumpa di antara satu sama lain, tetapi kalau tidak bertemuan, tidaklah diharamkan walaupun tidak bercakap bertahun-tahun lamanya.

3. Jika tidak seketiduran pun tidak memberi apa-apa kesan, malah isteri tersebut terus nusyuz, maka diharuskan bagi pihak suami memukul isteri tersebut dengan syarat pukulan itu tidak sampai mencederakan atau melukakan sebagaimana firman Allah :

Ertinya : Dan pukullah mereka (isteri).
(Sambngan ayat 34 surah An-Nisa)


Dalam peringkat yang akhir ini, harus dilakukan oleh suami sekiranya difikirkan dengan cara ini akan memberi kesan. Sebaliknya kalau difikirkan tidak akan memberi kesan, maka tidaklah harus dilakukan. Dalam hal ini, suami mestilah berhati-hati , supaya tidak terpukul di tempat-tempat yang mendatangkan bahaya seperti muka, perut dan sebagainya.

Wallahua'lam


***dugaan dlm perkahwinan mmg sentiasa akan dtg dan pergi. ingatlah kenapa kita mengambil keputusan utk berkahwin suatu masa dulu..renungkanlah kenapa kita memilih seseorg lelaki itu sbg pasangan hidup kita..setiap masalah ada jalan penyelesaiannya,InsyaAllah..jika perlu rujuk kpd yang pakar dan yg paling penting kembali ke garis panduan yang Allah dah tetapkan..setiap yg berlaku pasti ader hikmah disebaliknya..renung2kanlah..


kepada suamiku, pandulah aku,bimbinglah aku dan bawalah rumahtangga ini sampai ke destinasinya..sama2lah kita tunaikan janji seperti yang pernah kita lafazkan suatu masa dulu..semoga kita kekal bersama hingga ke akhirnya..amiin..



No comments:

Post a Comment